Wednesday, 14 December 2011

Cara memasukkan video ke dalam blog

Hari ini cikgu wani nak berkongsi dengan cara-cara memasukkan video ke dalam blog. Ada  permintaan daripada kawan-kawan yang bertanya bagaimana cara nak memasukkan video ke dalam blog
Panduan untuk memasukkan video u-tube ke dalam blog.

1. Buka Youtube, create account dulu,pastikan guna emel yg selalu guna
2. Buka youtube,tekan upload,select files from your computer. Pilih video (video yg tidak terlalu panjang)-open-tunggu dia uploading- dah complete, masukkan title,description,category,save- dulu.
3. Tengok  semula video, lihat icon kat bawah, ada perkataan(embed,emel,facebook)klik lambang fb cari logo blogger,publish post. insya-allah jadi.
4. Selamat mencuba !

Tuesday, 13 December 2011

Haiwan dan Cara Bergerak

Haiwan dan Jenis Makanannya

1. Haiwan boleh dikelaskan mengikut jenis makanan yang dimakan.
2. Terdapat 3 jenis kumpulan haiwan iaitu :
                                                                                                                                                               

i) haiwan yang memakan haiwan sahaja, contoh :





                                                                                                                 

Monday, 12 December 2011

Saturday, 10 December 2011

Cara haiwan Bergerak.

Pengajaran Mikro

Siapakah pencipta Internet ?



Sebenarnya, tiada siapa pun yang boleh dikatakan bertanggungjawab mencipta internet. Internet sebenarnya dicipta pada tahun 1960 an sebagai satu rangkaian besar yang menghubungkan komputer-komputer di universiti-universiti terbesar dengan komputer milik kerajaan.

Perlu diketahui bahawa sains penciptaan Internet dimulakan semasa Perang Dingin semasa Amerika Syarikat bersaing hebat dengan kerajaan Rusia dalam mencipta pelbagai jenis senjata dan teknologi-teknologi canggih.

Jadi , Internet ini sebenarnya bukanlah satu benda baru.

Malah,tahukah anda ,e-mel yang sudah menjadi budaya hidup kita hari ini sebenarnya telah wujud sejak 1972 lagi. Masa tu saya pun belum lahir lagi. ia dipopularkan pada 1989 oleh Tim - Bernes Lee,saintis dari Geneva setelah memperkenalkan 'World Wide Web' atau yang lebih dikenali www.

(sumber dari Majalah Estidotmy,Edisi Ketujuh,28 Ogos 2002)

Thursday, 8 December 2011

How do plant grow ?

Lembaran Kerja - Menamakan jenis haiwan dan cara pergerakannya.


Rancangan Pengajaran Harian ( Sains thn 1)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 1


Mata Pelajaran            : Dunia Sains dan Teknologi
Tema                           : Sains Hayat
Tajuk                          :  Haiwan
Kelas                          : 1 Bestari
Bilangan pelajar          : 35 orang
Tarikh                         : 3/11/2011
Masa                           : 4.20 - 4.50 petang
Standard Kandungan             : 3.2     Menghargai pelbagai haiwan di sekeliling kita

Standard Pembelajaran          : 3.2.2 Menunjukkan cara pelbagai haiwan bergerak secara simulasi

Hasil Pembelajaran     : Di sepanjang proses pembelajaran, pelajar dapat;
Kognitif                        :
Ø  Mengenali jenis-jenis haiwan.
Ø  Menyatakan sekurang-kurangnya 3 cara haiwan bergerak.
Ø  Mengenalpasti dan  menyatakan sekurang-kurangnya 3 contoh haiwan yang melakukan pergerakan yang sama.

Psikomotor                   :
Ø  Melakukan sekurang-kurangnya 3  cara pergerakan haiwan.
Ø  Menyemai dan memupuk sikap berani dan yakin dengan kemampuan diri.
Afektif                               :
Ø  Memahami dan mengenali haiwan.
Ø  Mengenali dan membezakan cara pergerakan haiwan yang lain.
Ø  Menghargai dan menyayangi haiwan.

Thursday, 10 November 2011

Apa yang perlu ada di dalam blog anda ....

Pastikan blog yang anda bangunkan adalah :
1. Blog berkaitan dengan P&P (sukatan pelajaran)
2. Sentiasa update blog anda.
Kesilapan yang saya dapati :
1. Tajuk blog : Letakkan tajuk blog anda nama matapelajaran, bukan letak nama anda dan no. matrik.. Maklumat ini boleh di letakkan di bahagian profile.
2. Warna latarbelakang mestilah bersesuaian (jika warna latarbelakang warna gelap, tulisan mesti warna cerah dan sebaliknya). Sekiranya menggunakan graphic sebagai warna latarbelakang, pastikan graphic tersebut di kaburkan sedikit.
3. Pastikan saiz teks yang digunakan adalah bersesuaian.
4. Kurang bahan pembelajaran.
5. Susun atur (Layout) mestilah kemas dan teratur.


Thursday, 13 October 2011

Wednesday, 5 October 2011

UstazahTeacher

Kisahnya, Lucu pun ada....

Saya memasuki Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim pada  Januari 2002 dengan tiket Diploma Perguruan Malaysia beserta opsyen yang menjadi pilihan saya adalah Pengajian Sains dan Pendidikan Islam (SN/PA). Sentiasa diingatkan bahawa,"nati di sekolah cikgu mungkin akan mengajar Sains atau Pend.Islam. Sebab opsyen cikgu-cikgu Major : Sains, Minor :Pendidikan Islam.
Apabila dtempatkan di sekolah, saya dikehendaki mengajar subjek Sains dan Pendidikan Islam. Apabila masuk kelas waktu Sains,murid - murid panggil Teacher dan apabila waktu Pendidikan Islam ,murid -murid panggil Ustazah. Kadang-kadang ketua kelas pun tersasul. Jadi, untuk mengatasi situasi sebegini ,saya akan mulakan ucap salam.
Satu lagi situasi yang lucu,bila bertembung dengan murid, murid akan ucap salam, ada yang sebut " Assalamualaikum Ustazah", Manakala kawan yang lain pulak tegur kawan yang ucap salam tadi,"teacher la" Saya pun jawab salam sambil tersenyum. Nak buat macammana ? Tak salah pun, yang penting maksudnya tetap satu iaitu cikgu,pendidik,pengajar. 

Tuesday, 4 October 2011

Jadual Kuliah Semester 1 2011/2012


Sebagai panduan dan peringatan untuk semua....


SEMESTER 1 2011/2012
 Bermula 12.9.2011 hingga  19.2.2012 termasuk minggu untuk kuliah, cuti pertengahan semester:
Pendaftaran 1 minggu 07.09.-11.09.2011
Kuliah on line 8 minggu 12.9.-04.11.2011
cuti pertengahan semester 1 minggu 5.11 - 13.11.2011
kuliah on line 6 minggu 14.11-23.12.2011
minggu ulangkaji 24.12.2011-2.1.2012
Peperiksaan  3 minggu 3.1.2012-20.1.2012
cuti semester 4 minggu 21.01-19.2.2012 

Monday, 3 October 2011

Hari Pertama....

Syukur, alhamdulillah kerana berjaya menyiapkan blog pada hari ini.Satu pembelajaran baru bagi diri saya untuk melaksanakan tugasan KRT 3013 Teknologi Maklumat Sekolah Rendah. Sesungguhnya pembelajaran secara maya ini memberi 1001 pengetahuan kepada saya. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi berkongsi ilmu dalam menyiapkan segala tugasan demi mencapai satu matlamat untuk memegang segelung ijazah. Penghargaan juga ditujukan kepada pihak sekolah,UPSI dan yang paling penting kepada keluarga tersayang kerana tidak jemu-jemu memberi sokongan dan galakan. Diharapkan kewujudan blog ini dapat menambahkan informasi,berkongsi ilmu dan pengalaman,serta memberi manfaat kepada semua.

EKSPERIMEN SAINS

TADARUS AL-QURAN

Lagu Santai

VIDEO PENGAJARAN MIKRO - SAINS TAHUN 3