Thursday, 13 October 2011

Wednesday, 5 October 2011

UstazahTeacher

Kisahnya, Lucu pun ada....

Saya memasuki Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim pada  Januari 2002 dengan tiket Diploma Perguruan Malaysia beserta opsyen yang menjadi pilihan saya adalah Pengajian Sains dan Pendidikan Islam (SN/PA). Sentiasa diingatkan bahawa,"nati di sekolah cikgu mungkin akan mengajar Sains atau Pend.Islam. Sebab opsyen cikgu-cikgu Major : Sains, Minor :Pendidikan Islam.
Apabila dtempatkan di sekolah, saya dikehendaki mengajar subjek Sains dan Pendidikan Islam. Apabila masuk kelas waktu Sains,murid - murid panggil Teacher dan apabila waktu Pendidikan Islam ,murid -murid panggil Ustazah. Kadang-kadang ketua kelas pun tersasul. Jadi, untuk mengatasi situasi sebegini ,saya akan mulakan ucap salam.
Satu lagi situasi yang lucu,bila bertembung dengan murid, murid akan ucap salam, ada yang sebut " Assalamualaikum Ustazah", Manakala kawan yang lain pulak tegur kawan yang ucap salam tadi,"teacher la" Saya pun jawab salam sambil tersenyum. Nak buat macammana ? Tak salah pun, yang penting maksudnya tetap satu iaitu cikgu,pendidik,pengajar. 

Tuesday, 4 October 2011

Jadual Kuliah Semester 1 2011/2012


Sebagai panduan dan peringatan untuk semua....


SEMESTER 1 2011/2012
 Bermula 12.9.2011 hingga  19.2.2012 termasuk minggu untuk kuliah, cuti pertengahan semester:
Pendaftaran 1 minggu 07.09.-11.09.2011
Kuliah on line 8 minggu 12.9.-04.11.2011
cuti pertengahan semester 1 minggu 5.11 - 13.11.2011
kuliah on line 6 minggu 14.11-23.12.2011
minggu ulangkaji 24.12.2011-2.1.2012
Peperiksaan  3 minggu 3.1.2012-20.1.2012
cuti semester 4 minggu 21.01-19.2.2012 

Monday, 3 October 2011

Hari Pertama....

Syukur, alhamdulillah kerana berjaya menyiapkan blog pada hari ini.Satu pembelajaran baru bagi diri saya untuk melaksanakan tugasan KRT 3013 Teknologi Maklumat Sekolah Rendah. Sesungguhnya pembelajaran secara maya ini memberi 1001 pengetahuan kepada saya. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi berkongsi ilmu dalam menyiapkan segala tugasan demi mencapai satu matlamat untuk memegang segelung ijazah. Penghargaan juga ditujukan kepada pihak sekolah,UPSI dan yang paling penting kepada keluarga tersayang kerana tidak jemu-jemu memberi sokongan dan galakan. Diharapkan kewujudan blog ini dapat menambahkan informasi,berkongsi ilmu dan pengalaman,serta memberi manfaat kepada semua.

EKSPERIMEN SAINS

TADARUS AL-QURAN

Lagu Santai

VIDEO PENGAJARAN MIKRO - SAINS TAHUN 3