Wednesday, 5 October 2011

UstazahTeacher

Kisahnya, Lucu pun ada....

Saya memasuki Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim pada  Januari 2002 dengan tiket Diploma Perguruan Malaysia beserta opsyen yang menjadi pilihan saya adalah Pengajian Sains dan Pendidikan Islam (SN/PA). Sentiasa diingatkan bahawa,"nati di sekolah cikgu mungkin akan mengajar Sains atau Pend.Islam. Sebab opsyen cikgu-cikgu Major : Sains, Minor :Pendidikan Islam.
Apabila dtempatkan di sekolah, saya dikehendaki mengajar subjek Sains dan Pendidikan Islam. Apabila masuk kelas waktu Sains,murid - murid panggil Teacher dan apabila waktu Pendidikan Islam ,murid -murid panggil Ustazah. Kadang-kadang ketua kelas pun tersasul. Jadi, untuk mengatasi situasi sebegini ,saya akan mulakan ucap salam.
Satu lagi situasi yang lucu,bila bertembung dengan murid, murid akan ucap salam, ada yang sebut " Assalamualaikum Ustazah", Manakala kawan yang lain pulak tegur kawan yang ucap salam tadi,"teacher la" Saya pun jawab salam sambil tersenyum. Nak buat macammana ? Tak salah pun, yang penting maksudnya tetap satu iaitu cikgu,pendidik,pengajar. 

No comments:

Post a Comment

EKSPERIMEN SAINS

TADARUS AL-QURAN

Lagu Santai

VIDEO PENGAJARAN MIKRO - SAINS TAHUN 3