Thursday, 10 November 2011

Apa yang perlu ada di dalam blog anda ....

Pastikan blog yang anda bangunkan adalah :
1. Blog berkaitan dengan P&P (sukatan pelajaran)
2. Sentiasa update blog anda.
Kesilapan yang saya dapati :
1. Tajuk blog : Letakkan tajuk blog anda nama matapelajaran, bukan letak nama anda dan no. matrik.. Maklumat ini boleh di letakkan di bahagian profile.
2. Warna latarbelakang mestilah bersesuaian (jika warna latarbelakang warna gelap, tulisan mesti warna cerah dan sebaliknya). Sekiranya menggunakan graphic sebagai warna latarbelakang, pastikan graphic tersebut di kaburkan sedikit.
3. Pastikan saiz teks yang digunakan adalah bersesuaian.
4. Kurang bahan pembelajaran.
5. Susun atur (Layout) mestilah kemas dan teratur.




Tugasan 1C: Pembangunan Blog (30%) – Blogger (link blog diletakkan di MyGuru                       Tarikh akhir: 12 Disember 2011 (Isnin)
Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog P&P bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan mata pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar diwajibkan menggunakan platform Blogger (Blogger). Pelajar dibenarkan memilih sendiri mata pelajaran yang dikuasai mereka. Bagi penilaian pembangunan blog berjumlah 20%, pelajar dikehendaki memasukkan pautan blog ke dalam forum yang akan disediakan khusus untuk tugasan ini. Pastikan nama, nombor matrik dan topik masing-masing diletakkan di muka hadapan blog. Markah bonus akan diberikan sekiranya pelajar berjaya mengintegrasikan aplikasi lain ke dalam blog mereka seperti YouTube, FaceBook, Scribd, Prenzi dan sebagainya. Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kandungan (10%) serta senireka persembahan blog:
KRITERIA
MARKAH
Isi kandungan blog serta kualiti penyampaian
10
Senireka blog serta daya tarikan
10
Teknik serta kaedah mengajar /teknologi yang digunakan dalam blog seperti video, animasi dan sebagainya
10
JUMLAH
30










No comments:

Post a Comment

EKSPERIMEN SAINS

TADARUS AL-QURAN

Lagu Santai

VIDEO PENGAJARAN MIKRO - SAINS TAHUN 3