Saturday, 10 December 2011

Siapakah pencipta Internet ?



Sebenarnya, tiada siapa pun yang boleh dikatakan bertanggungjawab mencipta internet. Internet sebenarnya dicipta pada tahun 1960 an sebagai satu rangkaian besar yang menghubungkan komputer-komputer di universiti-universiti terbesar dengan komputer milik kerajaan.

Perlu diketahui bahawa sains penciptaan Internet dimulakan semasa Perang Dingin semasa Amerika Syarikat bersaing hebat dengan kerajaan Rusia dalam mencipta pelbagai jenis senjata dan teknologi-teknologi canggih.

Jadi , Internet ini sebenarnya bukanlah satu benda baru.

Malah,tahukah anda ,e-mel yang sudah menjadi budaya hidup kita hari ini sebenarnya telah wujud sejak 1972 lagi. Masa tu saya pun belum lahir lagi. ia dipopularkan pada 1989 oleh Tim - Bernes Lee,saintis dari Geneva setelah memperkenalkan 'World Wide Web' atau yang lebih dikenali www.

(sumber dari Majalah Estidotmy,Edisi Ketujuh,28 Ogos 2002)

No comments:

Post a Comment

EKSPERIMEN SAINS

TADARUS AL-QURAN

Lagu Santai

VIDEO PENGAJARAN MIKRO - SAINS TAHUN 3