Saturday, 14 July 2012

kerja..kerja...kerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Cepat sungguh masa berlalu. Walaupun sekarang ni tengah bercuti semester, tetapi tetap sibuk diisi pulak dengan kerja sekolah mengisi band KSSR di laman SPPBS. Huuh, sebenarnya tak ada istilah cuti pun bagi cikgu rasanya. Walaupun cuti Sabtu dan Ahad, tetap jugak mengadap kerja sekolah. Untuk keluarga, dapatla luang masa sejam dua. Tekanan ? memang terasa juga ada tekanan.  Bayangkan anda diberikan 12 kelas dan cuba buat kiraan sendiri ,masa yang ada di sekolah untuk menanda buku bagi setiap kelas 3 buku, membuat soalan, mengisi markah, mengisi band.memang kerja tak sempat habis di sekolah.

Walau apapun, kita sendiri yang kena settle juga,bukannya ada orang lain yang nak tolong. Sekarang pun dah masuk bulan Julai, sepatutnya dah 60 % kerja dah mencapai sasaran. Marilah kita renung-renungkan bersama.

Harapan untuk tahun depan,semoga dapatlah diringankan sedikit beban yang ditanggung ini supaya dapat melakukan tugas dengan gembira dan bahagia. Amiin.

Monday, 21 May 2012

ULANGKAJI UNIT ASTRONOMI


1
SRF3013 – Pengenalan Astronomi & Fizik Moden

2
SRF3013 – Pengenalan Astronomi & Fizik Moden

Jawab SEMUA soalan

1. Teori ____________________merupakan teori terkini yang menjelaskan tentang asalmuasal
alam semesta yang mengandaikan sesuatu ketika dahulu alam semesta
merupakan sesuatu ______________________ dan terkandung
_______________________ serta ianya juga merupakan lahirnya
______________________.

2. Proses pengembangan ruang dikenali sebagai __________________________.

3. Umur alam semesta ini ialah __________________ dan ia mula menyejuk sehingga
mencapai suhu kira-kira 10,000oC sekitar ________________ tahun.

Thursday, 5 April 2012

Demam Denggi

APA ITU DEMAM DENGGI ?
Penyakit yang disebabkan oleh virus denggi.
- Jangkitan biasanya terjadi melalui gigitan nyamuk Aedes yang mengandungi virus denggi.
- Sangat berbahaya dan boleh membawa maut.
- Tiada ubat untuk merawat denggi.
- Cara paling berkesan untuk mencegah demam denggi ialah memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.



MENGENALI NYAMUK AEDES.

- Berbelang hitam & putih di badan dan kaki
- Mengigit pada awal pagi (5.00 Pg - 7.00 pg) & awal senja (5.00 ptg-7.00 mlm)
- Membiak di dalam takungan air jernih di dalam dan di luar rumah.
- kitaran hidup (telur hingga dewasa) lebih kurang seminggu.



Enlarge this image 




MENGENALI TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES.

1. DI DALAM RUMAH :
Kolah bilik mandi & baldi yang menakung air
- Bekas perangkap semut
- Bekas menakung air peti sejuk
- Piring menakung air pasu bunga



Enlarge this image 



2. DI LUAR RUMAH :
- Tayar terpakai
- Tempurung kelapa
- Tempurung koko
- Botol dan Tin-tin kosong
- Saluran air hujan
- Parit-parit bertakung



Enlarge this image 



TANDA-TANDA DEMAM DENGGI.

1. Demam kuat yang mengejut dan berlarutan.
2. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi dan biji mata.
3. Ruam merah di kulit. 
4. Pendarahan di bawah kulit, pada hidung & gusi.
5. Sakit kepala
6. Hilang selera makan
7. Muntah-muntah dan Sakit perut.




KAWALAN DAN PENCEGAHAN DEMAM DENGGI.

1. PERINGKAT JENTIK-JENTIK :
- Musnahkan tempat pembiakan Aedes dengan menanam atau membuang semua bekas 
kosong yang boleh menakung air.
- Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (abate/garam).
- Tutup bekas penyimpan air.
- Tukar air dalam tempayan, jambangan bunga setiap minggu dan basuh serta berus
sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru.
- Buangkan air dari piring-piring alas pasu bunga sekali seminggu dan berus piring-piring 
itu sehingga bersih untuk memusnahkan telur-telur nyamuk.
- Bersihkan saluran air hujan (saluran bumbung).
- Pastikan tayar-tayar buruk tidak menakung air.


2. PERINGKAT DEWASA :

- Tidur menggunakan kelambu.
- Gunakan ubat nyamuk atau racun serangga pembunuh nyamuk.
- Gunakan jaring nyamuk di jendela rumah.
- Semburan kabus secara besar-besaran.


Monday, 30 January 2012

KELAB DOKTOR MUDA

Assalamualaikum dan salam perpaduan,


Sesungguhnya, bulan Januari sudah sampai ke penghujungnya, sekejap je masa berlalu. Saya ada misi penting untuk 2012 ini yang perlu diselesaikan iaitu sebagai guru penasihat Kelab Doktor Muda . Saya cuba mencari serba sedikit maklumat berkaitan Kelab Doktor Muda untuk dikongsi bersama kerana ianya merupakan satu perkara baru bagi saya. Di sini saya sertakan bersama pautan maklumat berkaitan  Kelab Doktor Muda untuk panduan kita bersama.

 http://www.drmuda.gov.my/GP/ML_skop01_U1.html

Monday, 2 January 2012

Selamat Datang tahun 2012 MASIHI / 1433 HIJRAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita semua diberi peluang untuk meneruskan perjuangan kita sebagai seorang hamba kepada Pencipta, sebagai seorang anak kepada mak dan abah, sebagai seorang suami / isteri, sebagai ibu / ayah, sebagai kakitangan kepada majikan, sebagai seorang guru kepada anak didik,sebagai ahli masyarakat kepada penduduk setempat serta apa jua tugas dan tanggungjawab yang anda pikul.

Sama-sama kita mengingati dan muhasabah diri kita supaya dapat memberikan khidmat yang terbaik,bersedia menerima teguran dan cadangan serta berusaha memperbaiki diri ke arah pemantapan jasmani,emosi,rohani ,intelek dan sosial.

Walau melangkah ke berapa angka sekalipun 2012,2013, 2014.....,apa yang penting ialah apa perubahan yang kita lakukan dalam kehidupan kita kerana ianya mempengaruhi  kehidupan kita di masa yang akan datang.

EKSPERIMEN SAINS

TADARUS AL-QURAN

Lagu Santai

VIDEO PENGAJARAN MIKRO - SAINS TAHUN 3